Lelaki warga emas kudung kedua kaki maut rumah terbakar

Lelaki warga emas kudung kedua kaki maut rumah terbakar

MAYAT G.Vilthaliggam yang maut dalam kejadian kebakaran di Taman Seri Mahkota Jaya di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang lelaki warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dalam kejadian kebakaran sebuah rumah teres di No. 36, Lorong 4, Taman Seri Mahkota Jaya, di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi sebelum mangsa, G. Vilthaliggam , 67, yang kudung kedua kaki ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah berkenaan oleh pasukan bomba.

Adik mangsa, G. Lomba, 64, berkata, ketika kejadian mangsa tinggal bersendirian manakala dia dan suaminya berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

“Saya dan suami keluar rumah kira-kira pukul 7 pagi kerana saya mahu melakukan pemeriksaan lanjut keadaan tangan yang cedera akibat jatuh di tempat kerja semalam.

“Jiran ada cuba menghubungi saya ketika  kejadian berlaku malangnya telefon saya tertinggal dalam kereta, saya hanya menyedari kejadian itu selepas menghubungi semula jiran kira-kira pukul 10 pagi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut Lomba, abangnya menghidap penyakit kencing manis menyebabkan kedua kakinya di potong kira-kira dua tahun lalu dan bergerak dengan bantuan tongkat.

“Sebelum saya keluar rumah, abang (mangsa) sudah siap mandi dan sedang menonton televisyen dari katilnya yang terletak di ruang tamu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN