Lebih 1,000 sekolah tidak selamat, daif

Lebih 1,000 sekolah tidak selamat, daif

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 sekolah di seluruh negara dikenal pasti mempunyai bangunan tidak selamat dari segi struktur serta diklasifikasikan sebagai daif.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, setakat suku pertama tahun ini sejumlah 1,061 sekolah mempunyai bangunan dikategorikan di bawah Skala Tujuh, iaitu klasifikasi bagi ba­ngunan sekolah daif.

“KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sentiasa meneliti keperluan dan keboleh­laksanaan pembinaan bangunan gantian bagi sekolah yang berada pada Skala Tujuh.

“Permohonan penggantian sekolah yang memenuhi kriteria akan dikemukakan secara berfasa kepada agensi pusat untuk pertimbangan di bawah pe­rancangan pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT),” katanya melalui jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Willie Anak Mongin (GPS-Puncak Borneo) yang meminta jumlah sekolah daif mengikut negeri, nisbah guru kepada murid di kawasan bandar dan luar bandar serta kekosongan jawatan guru mengikut negeri.

Jelas Fadhlina, Kementerian Pendidikan (KPM) komited dalam menyediakan prasarana pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid dan warga sekolah di seluruh negara.

Mengulas tentang nisbah guru kepada murid, Fadhlina berkata, KPM mengambil kira beberapa faktor dalam perancangan penempatan guru termasuk pendaftaran murid, lokasi sekolah sama ada bandar atau luar bandar, keperluan mata pelajaran, pilihan guru serta kekosongan sedia ada.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan pengagihan guru dapat dilaksanakan secara lebih seimbang mengikut keperluan sebenar sekolah.

“Berdasarkan kedudukan pe­ngisian guru semasa, sehingga Jun lalu, jumlah guru berkhidmat adalah seramai 422,804 orang dengan kadar pengisian sebanyak 98.11 peratus,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN