Kerangka perundangan jenayah siber diperkukuh - Utusan Malaysia

Kerangka perundangan jenayah siber diperkukuh

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Jenayah Siber 2026 bakal menangani jurang landskap perundangan sedia ada bagi menjamin keharmonian undang-undang supaya sentiasa relevan, responsif dan selari evolusi pesat teknologi digital.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggubalan RUU berkenaan antara lain memperkukuh kerangka perundangan jenayah siber bagi menangani jenayah siber yang semakin kompleks.

Malah katanya, ia penting bagi memastikan undang-undang domestik kekal relevan dan efektif memerangi jenayah siber secara tuntas.

“RUU ini juga akan melindungi kepentingan awam serta menjamin keselamatan rakyat daripada ancaman siber, selain bakal dikuatkuasa dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ia antara lain memperkukuh inovasi dalam mekanisme pencegahan, pengesanan dan penguatkuasaan berhubung ancaman jenayah siber,” katanya dalam bacaan kali kedua RUU berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, penggubalan RUU yang menekankan prinsip teknologi neutral itu antara lain bakal memansuhkan Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563) bagi memastikan negara memenuhi obligasi Konvensyen Budapest serta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN