Kempen berjalan lancar walaupun ada unsur sabotaj - Fuziah

Kempen berjalan lancar walaupun ada unsur sabotaj – Fuziah

FUZIAH Salleh meninjau pelaksanaan mekanisme bantuan subsidi Budi Madani Diesel di Bandar Dato' Onn, Johor Bahru hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Walaupun terdapat beberapa unsur sabotaj, kempen calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat ini berjalan lancar dan masih menerima maklum balas positif dalam kalangan penduduk setempat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, tindakan seperti merosakkan poster calon, papan iklan dan bahan kempen termasuk bendera parti yang dibakar tidak menjejaskan momentum pergerakan jentera PH di seluruh kawasan bertanding.

“Adalah sikit-sikit (unsur sabotaj), antaranya poster calon dikoyakkan, billboard yang dipasang turut dirosakkan dan bendera parti dibakar. Walaupun ada unsur kacau ganggu, namun secara keseluruhannya kempen berjalan dengan tenang,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau pelaksanaan mekanisme bantuan subsidi Budi Madani Diesel di Bandar Dato’ Onn, di sini hari ini.

Fuziah berkata, jentera kempen PH terus giat melaksanakan program harian yang bermula seawal pagi hingga 10 malam, dengan pendekatan turun padang bersama calon di kawasan masing-masing.

Katanya, sambutan pengundi terhadap program kempen juga semakin baik, khususnya dalam kalangan pengundi muda yang mahu menilai sendiri calon yang bertanding.

“Alhamdulillah, kempen berjalan lancar, walaupun ada calon yang pertama kali bertanding, mereka sudah mula mendapat rentak. Daripada segi sokongan, ia semakin meningkat, terutamanya daripada pengundi muda yang mahu mendengar dan menilai sendiri pendekatan calon,” katanya.

Mengulas mengenai kehadiran pemimpin-pemimpin tertinggi PH di beberapa lokasi kempen di utara Johor, beliau mendakwa ia bukan strategi untuk menawan kawasan itu, sebaliknya dipengaruhi faktor logistik.

“Saya rasa mungkin daripada segi logistik sahaja. Sekarang Parlimen sedang bersidang, jadi agak sukar sedikit untuk pergerakan jentera dan program besar dilaksanakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN