Jumlah kemalangan motosikal di Smart Lane rendah

Jumlah kemalangan motosikal di Smart Lane rendah

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 36 kemalangan direkodkan di 12 lokasi Smart Lane yang diaktifkan pada hari bekerja dari Januari hingga Mei 2026, membabitkan penunggang motosikal.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jumlah tersebut adalah rendah dan menunjukkan tahap keselamatan di laluan berkenaan masih terkawal berbanding laluan biasa tanpa pelaksanaan Smart Lane.

Beliau berkata, analisis turut mendapati majoriti kemalangan yang berlaku hanya melibatkan insiden kecil seperti calar dan geseran kenderaan.

“Jadi, majoritinya kes yang direkodkan ini pula hanyalah melibatkan kemalangan kecil seperti kejadian calar atau geselan kenderaan sahaja.

“Jadi, hasil analisis menunjukkan bahawa punca utama kemalangan di zon ini berpunca daripada sikap pengguna yang gagal mematuhi arahan. Seperti menggunakan lorong kecemasan sebelum zon Smart lane. Jadi, bermula atau selepas zon tersebut tamat.

“Faktor lain yang turut menyumbang ialah tindakan menukar lorong secara berbahaya tanpa memberikan lampu isyarat atau tanpa memastikan jarak selamat yang cukup,

“Terdapat tindakan segelintir pemandu yang memberi memberhentikan kenderaan di laluan Smart lane tanpa sebarang kes kecemasan yang sahih sekaligus menghalang pelancaran aliran trafik,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Zakri Hassan (PN–Kangar) mengenai statistik kemalangan di laluan Smart Lane di Lebuhraya Utara-Selatan serta langkah jangka panjang kementerian bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Tambah Alexander, lorong kecemasan bukan merupakan laluan eksklusif untuk penunggang motosikal sebaliknya boleh diguna pakai untuk kegunaan lain termasuk pengaktifan Smart Lane dan tidak terhad kepada kegunaan kecemasan sahaja.

“Pelaksanaan Smart Lane di lebuh raya sentiasa dipantau oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) agar mematuhi piawaian keselamatan yang ketat bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya, termasuk penunggang motosikal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN