Infoline TEC cadang ambil alih dua kilang RM18.58 juta - Utusan Malaysia

Infoline TEC cadang ambil alih dua kilang RM18.58 juta

INFOLINE Tec Group Berhad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Infoline TEC Group Berhad (Infoline TEC) mencadangkan pengambilalihan dua unit kilang bersambung tiga tingkat di Sungai Buloh, Selangor, dengan nilai pembelian sebanyak RM18.58 juta bagi menyokong keperluan operasi dan pertumbuhan kumpulan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat berkata, cadangan pengambilalihan membabitkan dua unit pertengahan bangunan kilang separa berkembar tiga tingkat yang dibina atas tanah pajakan di Pekan Baru Sungai Buloh, Daerah Petaling, Selangor.

Katanya, nilai pembelian itu akan dibiayai sepenuhnya melalui pinjaman bank dan/atau dana dalaman kumpulan.

“Harga pembelian tersebut dipersetujui berdasarkan asas pembeli bersedia dan penjual bersedia, dengan mengambil kira nilai pasaran hartanah berkenaan sebanyak RM18.6 juta yang dinilai oleh penilai bebas.

“Pengambilalihan berkenaan adalah selaras dengan objektif strategik jangka panjang kumpulan untuk mengukuhkan imej korporatnya dalam industri teknologi maklumat (IT),” katanya.

Selain itu, Infoline TEC turut mencadangkan penubuhan Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS) sehingga 10 peratus daripada jumlah modal saham terbitan syarikat (tidak termasuk saham perbendaharaan) pada bila-bila masa sepanjang tempoh skim tersebut.

Jelasnya, adangan ESOS itu akan melibatkan pengarah yang layak serta pekerja syarikat dan anak syarikatnya yang bukan tidak aktif.

Menurut syarikat, pelaksanaan ESOS bertujuan memberi peluang kepada warga kerja yang layak untuk mengambil bahagian dalam pertumbuhan masa depan kumpulan selain menyelaraskan kepentingan pekerja dengan prestasi dan objektif jangka panjang syarikat.

Infoline TEC berkata, kedua-dua cadangan itu tertakluk kepada kelulusan pihak berkaitan serta pematuhan terhadap keperluan peraturan yang ditetapkan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN