Gila? jahat? Boleh sahaja- Nad Zainal - Utusan Malaysia

Gila? jahat? Boleh sahaja- Nad Zainal

NAD ZAINAL ditemui semasa penggambaran telefilem, Mendarat Di Syurga, di Petaling Jaya, hari ini. -UTUSAN/M.FIRDAUS M.JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nad Zainal, 36, berpandangan tiada had atau batasan bagi pelakon wanita bertudung untuk memegang watak antagonis.

Kata Nad, perkara itu dibolehkan asalkan tidak membabitkan adegan bersentuhan lelaki dan perempuan.

“Abai anak, kena turunkan berat badan untuk watak. Siapa kata berhijab tak boleh watak-watak macam ini?

“Gila? Jahat? Licik? boleh sahaja. Gatal berhijab pun boleh dan masih tiada adegan bersentuhan,” katanya dalam Thread.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berharap pelakon wanita berhijab tidak meletakkan sebarang had hanya kerana mereka memakai tudung.

“Semoga semua pelakon wanita berhijab terus istiqomah. kita boleh melakukannya,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN