Gadis berjaya dipujuk selepas bertindak agresif di sekolah

Gadis berjaya dipujuk selepas bertindak agresif di sekolah

SEORANG pelajar perempuan berusia 14 tahun diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas bertindak agresif dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Kuala Terengganu. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun berjaya diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas bertindak agresif dalam kejadian di sebuah sekolah di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Thoyyibah Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.33 pagi sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota ditugaskan ke lokasi.

Katanya, pasukan bomba tiba di sekolah itu kira-kira dua minit kemudian dan mendapati pelajar terbabit berada dalam keadaan emosi tidak stabil.

“Maklumat awal yang diterima daripada pihak sekolah memaklumkan pelajar berkenaan dipercayai menulis hasrat untuk mencederakan diri dalam sebuah buku latihan.

“Anggota bomba kemudian bertindak menenangkan dan memujuk mangsa sebelum berjaya membawanya ke tempat yang selamat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN