‘Gadis api misteri’ temu jodoh dengan warga emas 82 tahun

‘Gadis api misteri’ temu jodoh dengan warga emas 82 tahun

WAN Nor Fatihah Wan Hanafi (dua dari kiri) bersama suaminya selepas majlis perkahwinannya di Kota Bharu, Kelantan, Jun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Selepas bertahun-tahun bergelut dengan episod misteri yang pernah menggemparkan negara, wanita yang dikenali sebagai ‘gadis api misteri’, Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 28, menemukan sinar baharu apabila memilih pengamal perubatan Islam berusia 82 tahun sebagai teman hidup.

Wan Nor Fatihah berkata, meskipun perbezaan usia mereka 54 tahun dan ada melihat mereka seperti pasangan datuk dan cucu di khalayak ramai, dia tidak kisah kerana hatinya bahagia bersama suaminya, Mokhtar Mohamed.

“Perbezaan usia hanya angka dan ia adalah perkara kecil. Saya tidak kekok dengan situasi ini,” katanya ditemui semalam.

Mengimbau semula bibit-bibit perkenalan dengan suaminya, Wan Nor Fatihah berkata, ia bermula semasa mendapatkan rawatan selepas berdepan gangguan api misteri.

Katanya, walaupun dia keluar dan berpindah dari Kampung Penambang ke Melor, gangguan ia masih berlaku.

“Keputusan saya mengahwini suami yang merupakan duda kematian isteri pada Februari lalu tidak dipersetujui oleh nenek dan ahli keluarga lain. 

“Namun selepas difikirkan, hanya suami benar-benar memahami ujian ini, selain membantu merawat saya. Atas ke­yakinan itu, saya buat keputusan bernikah dengannya,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Mok Nab bersama Wan Nor Fatihah dari Kampung Penambang diuji dengan kejadian aneh apabila api tiba-tiba marak membakar pakaian, langsir dan perabot rumah mereka.

Wan Nor Fatihah berkata, dia pernah berkahwin dengan lelaki berusia 40-an namun mahligai yang dibina itu mampu bertahan setahun sahaja.

“Sebelum ini ramai yang menganggap saya mengalami masalah mental dan macam-macam lagi disebabkan kejadian api misteri itu. Bukan mudah untuk saya melalui semua situasi tersebut. 

“Alhamdulillah, kehidupan saya kini lebih baik di samping suami. Tentang perbezaan usia, itu hanya perkara kecil walaupun kami sering digelar datuk dan cucu apabila muncul di khalayak ramai,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN