PETALING JAYA: Penyanyi, Fahimi Rahmat, 28, menitipkan doa agar peminjam duitnya agar membayar segera duit yang dipinjamnya.
Fahimi menerusi Thread memohon kepada Allah S.W.T agar melembutkan hati orang yang meminjam duitnya.
”Ya Allah lembutkanlah hati orang yang berhutang agar membayar hutangnya segera,” katanya ringkas.
Fahimi bagaimanapun tidak menujukan doa tersebut kepada insan tertentu, apatah lagi mendedahkan identiti si penghutang.
Perkongsian tersebut mengundang reaksi netizen dengan menerima 20 tanda suka dan dikongsi semula dua individu di platform berkenaan.
Untuk rekod Fahimi memulakan kerjaya sebagai ahli kumpulan nasyid moden The 4aith sebelum bergerak secara solo pada 2019.
Fahimi pada 2023 meledak dengan lagu Angau sebelum terus mencipta populariti menerusi lagu Aku Jatuh- UTUSAN










