Enam individu mengaku cederakan lelaki di Kuala Krai

Enam individu mengaku cederakan lelaki di Kuala Krai

SEMUA tertuduh diiringi polis semasa menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Majistret Machang, Kelantan. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Enam individu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki di hadapan sebuah salun rambut di Krai Sentral Park, Kuala Krai, Isnin lalu.

Mohamad Arif Razemin, 26; Muhammad Faez Hakimi Zaiddi, 34; Mohammad Nazri Samsuddin, 34; Zulkarnain Mohamed, 51; Wan Zameri Wan Omar, 44, dan Zulkifli Che Mood, 56, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki, Kua Wei Chiang, 28.Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 3.40 petang di hadapan Kedai Hair Style Up Saloon, Krai Sentral Park,Kuala Krai pada 27 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau dengan kedua-duanya kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 setiap seorang. Mahkamah turut menetapkan 4 Ogos INI sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN