Dulu hilang diri dan pemarah, perkahwinan kedua ini tidak pernah langsung saya tinggi suara pada suami - Arrora Salwa - Utusan Malaysia

Dulu hilang diri dan pemarah, perkahwinan kedua ini tidak pernah langsung saya tinggi suara pada suami – Arrora Salwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Arrora Salwa, mengakui pengalaman berada dalam hubungan pertama suatu ketika dahulu disifatkan sebagai fasa paling menguji kawalan emosi dan mentalnya.

Arrora atau Salwa Md Razak, berkata, keadaan itu berlaku sehingga menyebabkan dia hilang diri sendiri sepanjang lima tahun mempertahankan ikatan berkenaan.

“Masa hubungan pertama saya dahulu, saya jadi seorang yang pemarah, memberontak, saya maki dia ikut suka sahaja dan saya hilang diri sendiri. Hubungan itu bertahan lima tahun sahaja, itu pun sebab ibu cakap sabar.

“Sehinggalah satu masa bapa cakap, ‘Apa-apa pun keputusan Along, bapa ikut’. Terus dengan pantas saya merancang sehingga selesai, tetapi cara saya menyelesaikannya itu mengikut emosi bukan akal waras kerana kita pula muda belia,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Bagaimanapun, situasi berbeza dialaminya menerusi perkahwinan keduanya yang kini sudah bertahan selama 10 tahun.

“Sekarang dengan perkahwinan kedua ini, 10 tahun hubungan ini berjalan, tidak pernah sekali saya maki, tidak pernah tinggi suara, tidak pernah memberontak. Walaupun ada masa pendapat tidak sama, tetapi cara komunikasi sangat matang, Alhamdulillah.

“Pengajaran daripada kisah ini, kalau awak nampak dan tahu sesuatu jangan terus menghukum. Tahu dahulu punca kenapa jadi begitu.

“Pasangan kita ini baik suami atau isteri kalau jenis mudah sangat terpengaruh pasal orang, tidak tahu memainkan peranan sebagai ketua keluarga bagi suami, hujung-hujung jahanam rumah tangga,” katanya.

Terdahulu, Arrora mendedahkan dia pernah berkahwin pada usia 19 tahun, namun ikatan itu hanya bertahan selama lima tahun meskipun pada awalnya dia menafikan desas-desus keretakan hubungan berkenaan.

Namun begitu, jodoh adalah ketentuan Tuhan, Arorra kemudiannya selamat mendirikan rumah tangga bersama Ahmed Mahfuz pada 18 Julai 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN