Deringan telefon harapan sumber rezeki - Utusan Malaysia

Deringan telefon harapan sumber rezeki

MOHD. Zaki Mamat bersama peralatan menukar tiub motosikal di Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lebih tiga dekad setiap deringan telefon membawa harapan buat Mohd. Zaki Mamat, 48, yang bergantung sepenuhnya kepada panggilan pelanggan untuk mencari rezeki sebagai penukar tiub dan tayar motosikal.

Biarpun pendapatan tidak menentu, anak jati Kampung Bunut Susu, Pasir Mas itu tetap meneruskan pekerjaan itu sejak 1990, demi menyara isteri dan tiga anak berusia antara empat hingga 11 tahun.

Mohd. Zaki berkata, dia menjadikan pekerjaan itu sebagai sumber utama kewangan selepas berhenti menjadi buruh binaan ekoran pendapatan tidak menentu ketika itu.

“Saya mengambil keputusan mengambil upah menukar tiub atau memasang tayar motosikal baharu mengikut kehendak pe­langgan.

“Bayaran menukar tiub bergantung kepada jenis dan saiz tayar iaitu antara RM30 hingga RM60 manakala menukar tayar baharu pula berjumlah RM140 hingga RM150,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Jalan Sultanah Zainab di sini.

Mohd. Zaki berkata, seawal pukul 7.30 pagi, dia keluar rumah dengan menunggang motosikal bersama peralatan menunggu panggilan pelanggan di sekitar Kota Bharu.

Katanya, pelanggannya bukan sahaja sekitar Kota Bharu, malah dari Peringat dan Pasir Mas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN