CIMB Padel Open himpun 244 pemain, perkukuh momentum sukan padel - Utusan Malaysia

CIMB Padel Open himpun 244 pemain, perkukuh momentum sukan padel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejohanan CIMB Padel Open baru-baru ini menghimpunkan 244 pemain yang mewakili 24 negara menjadi salah satu kejohanan padel terbesar dan paling inklusif di Malaysia pada tahun ini.

Julung kali diadakan, kejohanan itu turut dianjurkan Bersama perintis sukan padel di Malaysia ASCARO bertujuan memperkukuh ekosistem padel tempatan.

Pertandingan yang menampilkan empat kategori iaitu Beginner, Intermediate, Upper Intermediate dan Pro meliputi kategori lelaki dan wanita, membolehkan pemain baharu dan atlet berpengalaman bersaing di bawah satu platform.

Sambutan amat menggalakkan melihat kepada penyertaan dan semangat tinggi perserta terhadap sukan ini.

Padel masih menjadi sukan berkembang di negara ini, justeru kejohanan ini diadakan mencerminkan momentumnya yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Malaysia dan CIMB Bank berhad, Gurdip Singh Sidhu dalam kenyataan berharap sukan padel akan lebih diraikan selepas ini.

“Kami teruja melihat sukan ini berkembang ke tahap lebih tinggi selepas ini,” katanya.

Pada peringkat akhir kejohanan, pemain nombor satu negara dan CIMB Padel Partner, Aidan Yunus dan rakan sepasukan Christian Didier, berdepan pasangan profesional dari Sepanyol, Pol Alsina dan Ferran Gonzalez bagi kategori Pro lelaki.

Pasangan Sepanyol tersebut muncul juara, sekali gus mencerminkan tahap persaingan yang semakin tinggi dalam sukan ini di Malaysia.

“Sejak beralih daripada skuasy kepada padel dua tahun lalu, sukan ini memberikan saya semangat komuniti dan matlamat yang kuat.

“Sokongan daripada CIMB membantu menaikkan profil sukan ini, seterusnya menggalakkan lebih ramai penyertaan, dan memacu pertumbuhannya,” kata Aydan.

Lebih membanggakan apabila 78% daripada peserta di kejohanan ini diwakili pemain Malaysia yang lingkungan usia dari belasan hingga melebihi 50 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN