Budak tujuh tahun parah kemalangan dekat sekolah

Budak tujuh tahun parah kemalangan dekat sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang murid lelaki tahun satu parah selepas  kemalangan dengan sebuah kenderaan berhampiran sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari berlaku ketika kanak-kanak tersebut mahu melintas jalan raya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika sebuah Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 40 tahun sedang dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga menuju ke Sekolah Kebangsaan Seri Geliga,.

Katanya, namun secara tiba-tiba seorang murid melintas jalan dari arah kiri ke kanan jalan dan merempuh sisi bahagian kiri kenderaan itu. Kejadian itu menyebabkan murid itu cedera di kepala dan terpaksa ditidurkan,” katanya.

Mohd. Razi berkata, murid tersebut dibawa ke Hospital Kemaman sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“Wanita itu tampil membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kemaman selepas kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN