BN-PN akan kempen bersama, kongsi pentas ceramah

BN-PN akan kempen bersama, kongsi pentas ceramah

ANNUAR Musa ditemui pemberita di Port Dickson hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) kita sedang memperincikan bentuk persefahaman di antara kedua-duanya dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, kedua-dua parti akan berbincang bagaimana persefahaman ini dapat dibentuk secara praktikal selepas rundingan berkaitan kerusi ditandingi berjaya dimuktamadkan.

“Dari semangatnya menandakan BN dan PN bersedia untuk bekerjasama semasa berkempen, kaedah kempen bagaimana untuk bekerjasama itu sedang diperincikan.

“Kami akan gariskan tentang ceramah, jentera, markas. Pilihan raya ini banyak kerja-kerja yang kita akan buat, ada yg sendirian dan bersama, apa yang penting saling sandar menyandar dan sokong menyokong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi calon PN bagi DUN Bagan Pinang dan Lukut di Pusat Penamaan Calon Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson di sini hari ini.

Annuar yang juga Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas berkata, jawatankuasa penerangan Pusat PN juga sedang mengaturkan beberapa ceramah yang berkemungkinan turut disertai pemimpin BN.

“Kami ada beberapa siri pengenalan calon serentak di kesemua kawasan bertanding; dan memperkenalkan manifesto dan komitmen calon di kawasan.

“Tiga hari mengundi ada grand finale, besar kemungkinan, jika dipersetujui, semua pimpian BN dan PN akan menyampaikan amanat kepada pengundi di Negeri Sembilan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN