Belanjawan 2027 teruskan kerangka Ekonomi Madani

Belanjawan 2027 teruskan kerangka Ekonomi Madani

AMIR Hamzah Azizan meninjau pelaksanaan hari pertama Budi Diesel di sebuah stesen minyak di Presint 8, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Proses penyediaan Belanjawan 2027 yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober depan kini memasuki fasa libat urus melibatkan beberapa kementerian dan lokasi di seluruh negara.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, Kementerian Kewangan (MOF) bersama kementerian berkaitan ketika ini sedang giat menjalankan sesi berkenaan yang akan terus dirancakkan dari semasa ke semasa.

Menurut beliau, kerajaan akan terus menjadikan kerangka Ekonomi Madani sebagai asas utama dalam merangka Belanjawan 2027, selain berpandukan dasar-dasar yang telah digariskan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

“Seperti biasa, usaha ini mengambil masa yang lama dan seharusnya selari dengan hala tuju yang diadakan oleh kerajaan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas meninjau pelaksanaan hari pertama Budi Madani Diesel di sebuah stesen minyak di Presint 8, di sini hari ini.

Amir Hamzah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai petunjuk awal Belanjawan 2027 dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara dan langkah penjimatan yang sedang dilaksanakan kerajaan.

“Di dalam kerajaan, kita menggunakan kerangka Ekonomi Madani sebagai struktur yang paling penting, di mana kita melihat usaha kita untuk meningkatkan siling dan meningkatkan lantai sebagai dua petanda yang penting untuk merancakkan ekonomi ke depan.

“Jadi saya tak mahu mendahului belanjawan, yang pentingnya kita punya struktur adalah konsisten. Kita menggunakan Ekonomi Madani framework dan apa-apa polisi yang kita telah keluarkan melalui Rancangan Malaysia Ke-13, NETR, NIMP, sebagai petanda policy direction yang kerajaan akan buat. Dan kita akan terus membangunkan negara ke arah menjadi negara yang membangun menjelang 2030,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN