ATM siasat video tular ada unsur mengaibkan 

ATM siasat video tular ada unsur mengaibkan 

aun Tiktok yang menunjukkan anggota memakai uniform Tentera Darat memuat naik video-video dengan kapsyen mengaibkan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjalankan siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial Threads yang didakwa dimuat naik oleh seorang anggota tentera mengandungi kandungan berunsur mengaibkan sehingga mencemarkan imej pasukan berkenaan. 

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai hantaran berkenaan.

Katanya, siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti kesahihan posting yang dimuat naik itu. 

“Kita akan siasat,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, tular di Threads satu hantaran yang didakwa dimuat naik oleh seorang anggota tentera di Tiktok sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet disifatkan boleh menjejaskan imej dan reputasi ATM.

Posting tersebut menunjukkan anggota memakai uniform Tentera Darat memuat naik video-video dengan kapsyen mengaibkan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN