Apabila hari lahir, kita yang sepatutnya hubungi ibu bapa ucapkan terima kasih - Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Apabila hari lahir, kita yang sepatutnya hubungi ibu bapa ucapkan terima kasih – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza berpendapat setiap hari lahir akan menjadi lebih istimewa sekiranya seorang anak berterima kasih kepada kedua ibu bapanya.

Menurut Siti, ucapan penghargaan itu seharusnya dilakukan oleh setiap insan yang bergelar anak pada hari lahirnya sebagai tanda jasa dan pengorbanan ibu bapa melahirkan serta membesarkan zuriat mereka dikenang.

“Selalunya kita memang harap orang beri ucapan ulang tahun kelahiran pada kita terutama sekali ayah ibu. Tetapi boleh tak kita tukar persepsi itu?

“Bila hari lahir, kita yang sepatutnya hubungi ayah dan ibu ucapkan terima kasih sebab dah lahirkan dan besarkan kita dengan baik. Sebab tanpa mereka, kita tidak berada di dunia ini. Kita yang patut hadiahkan mereka,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Siti berkata demikian ketika meninggalkan komen di sebuah perkongsian seorang individu yang meluahkan rasa hampa kerana ibu bapanya tidak berikan ucapan mahupun hadiah sempena ulang tahun kelahirannya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Kesuma itu berharap pandangan tersebut tidak menggores hati individu berkenaan, malah turut merawat rasa hampa dengan menitipkan ucapan selamat ulang tahun buat pemilik akaun berkenaan.

“Semoga apa yang akak kongsi ini tidak menyinggung perasaan. Selamat Hari lahir dik,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN