Anthony Loke nasihat Ahmad Zahid elak kenyataan angkuh

Anthony Loke nasihat Ahmad Zahid elak kenyataan angkuh

ANTHONY Loke Siew Fook
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menasihati Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya mengelakkan kenyataan berbaur angkuh sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Anthony Loke berkata, pengundi lebih mengetahui rekod perkhidmatannya di kawasan itu dan keputusan sama ada beliau terus dipilih atau sebaliknya terletak di tangan rakyat.

“Pertamanya, kita sebagai rakan dalam Kabinet, tak payahlah bercakap secara angkuh.

“Kita berkempen secara positif. Sama ada ‘dibungkus’ atau tidak, itu terpulang kepada rakyat.

“Pengundi akan membuat keputusan,” katanya kepada pemberita di Pasar Awam Titi, Jelebu, hari ini.

Ia susulan kenyataan Ahmad Zahid yang menggesa pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah menolak Anthony Loke yang akan mempertahankan kerusi tersebut daripada calon BN, John Siow Kong Choon.

Ia atas dakwaan Anthony Loke gagal membawa pembangunan di kawasan berkenaan meskipun telah menjadi wakil rakyat beberapa penggal di situ.

Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata, DUN Chennah merupakan kawasan luar bandar yang masih memerlukan banyak kemudahan infrastruktur dan pelbagai kerja naik taraf telah dilaksanakan sejak beliau menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Beliau turut mengingatkan Ahmad Zahid bahawa DUN Chennah terletak dalam Parlimen Jelebu yang diwakili Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

“Jangan lupa DUN Chennah ini juga sebahagian daripada Parlimen Jelebu, jadi ada tanggungjawab bersama,” katanya.

Semalam, Ahmad Zahid menggesa pengundi memberi kemenangan kepada BN di DUN Chennah.

Katanya, penguasaan BN di DUN Chennah mampu membuka laluan kepada parti itu untuk merampas pentadbiran Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN