Anggota tentera, pasangan tunaikan tanggungjawab mengundi

Anggota tentera, pasangan berbaris awal pagi tunaikan tanggungjawab mengundi

Proses undian awal melibatkan melibatkan anggota tentera di Kem Mahkota, Kluang.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seramai 4,510 pegawai dan anggota tentera bersama pasangan mereka hadir seawal pagi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

Mereka mula berbaris untuk memasuki Dewan Mahkota di Kem Mahkota, di sini seawal pukul 7.30 pagi, meskipun pusat mengundi hanya dibuka pada pukul 8 pagi.

Kesemua mereka merupakan sebahagian daripada 24,751 pengundi awal yang layak mengundi pada PRN Johor, melibatkan 64 pusat mengundi yang diwartakan di seluruh negeri.

Pengundi awal bagi PRN Johor kali ini terdiri daripada 12,041 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama pasangan serta 12,710 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama pasangan.

Daripada jumlah pengundi awal PDRM, seramai 12,067 individu dijadualkan mengundi secara fizikal hari ini, manakala 643 lagi menunaikan tanggungjawab menerusi undi pos.

Sebanyak 53 pusat mengundi awal melibatkan PDRM dan 11 lagi bagi ATM dibuka serentak pada pukul 8 pagi. Waktu penutupan pusat mengundi pula dilakukan secara berperingkat, antara pukul 12 tengah hari hingga 6 petang, bergantung pada lokasi serta jumlah pengundi berdaftar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN