Ahmad Amzad dimasukkan ke IJN

Ahmad Amzad dimasukkan ke IJN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini selepas mengalami masalah kesihatan ketika berada di Parlimen.

Pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu dalam kenyataan memaklumkan, Ahmad Amzad mengalami pening dan hampir pitam sebelum dibawa ke Klinik Parlimen untuk pemeriksaan serta rawatan awal.

“Hasil pemeriksaan dan penilaian lanjut oleh pegawai perubatan di Klinik Parlimen, beliau dirujuk ke IJN untuk pemeriksaan lanjut.

“Beliau kemudiannya dibawa ke IJN dengan ambulans dan kini dimasukkan ke wad bagi tujuan pemantauan serta rawatan lanjut,” katanya.

Ahmad Amzad mengikuti sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) serta dijadualkan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2024.

Kata kenyataan itu, beberapa urusan rasmi, pertemuan dan program yang dijadualkan membabitkan Ahmad Amzad pada minggu ini ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.

Pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu turut memohon orang ramai berdoa supaya Ahmad Amzad diberikan kesembuhan segera serta dipermudahkan segala urusan rawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN