12 pegawai polis dipercayai peras ugut warga China RM2 juta ditahan

12 pegawai polis dipercayai peras ugut warga China RM2 juta ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai memeras ugut seorang lelaki warga China sebanyak RM2 juta.

Menurut sumber, mangsa hanya dilepaskan selepas membayar $AS140,000 (RM 560,000).

“Dia kemudian tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Susulan itu difahamkan seramai 12 orang pegawai dan anggota polis ditahan di mana ada antaranya berpangkat Deputi Superintendan (DSP), Asisten Superintendan (ASP) dan lain-lain pangkat,” katanya.

Difahamkan, kumpulan anggota polis terbabit dipercayai memeras ugut mangsa warga China itu dengan menuntut RM2 juta. 

“Mangsa bagaimanapun hanya sempat membayar RM560,000 sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis.

“Polis turut menemui semula sebahagian daripada wang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu,” katanya

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN