SPR terima notis bubar DUN, akan umum tarikh Mesyuarat Khas PRN N. Sembilan

SPR terima notis bubar DUN, akan umum tarikh Mesyuarat Khas PRN N. Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu Mesyuarat Khas akan diadakan bagi membincangkan serta menetapkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 negeri itu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihak SPR secara rasminya telah menerima pemakluman daripada Yang di-Pertua DUN Negeri Sembilan, Datuk M K Ibrahim Abd Rahman melalui surat bertarikh 5 Jun 2026 berhubung pembubaran Dewan Negeri berkenaan sebagaimana termaktub di bawah Fasal 56 (2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

“Berdasarkan Fasal 56 (4) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, Pilihan Raya Negeri (PRN) hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Negeri tersebut di Negeri Sembilan Darul Khusus.

Beliau berkata, Mesyuarat Khas yang akan diadakan itu menjadi platform utama bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRU Dewan Negeri Negeri Sembilan, dan tarikh mesyuarat tersebut akan dimaklumkan kemudian.

“Satu Mesyuarat Khas untuk membincangkan tarikh-tarikh penting bagi PRN Negeri Sembilan akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran DUN di kediamannya dalam satu sidang akhbar khas, sekali gus mengakhiri spekulasi pembubaran DUN sejak beberapa minggu lalu.

Berdasarkan prosedur, notis pembubaran tersebut perlu diserahkan kepada SPR sebelum suruhanjaya itu mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh penting pilihan raya.

Selepas menerima notis berkenaan, terpulang kepada SPR untuk mengambil tindakan lanjut termasuk menetapkan tarikh penamaan calon, hari pengundian serta tempoh berkempen yang difikirkan sesuai bagi pelaksanaan PRN Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN