SPR sudah terima notis pembubaran DUN Negeri Sembilan

SPR sudah terima notis pembubaran DUN Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima penakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai pembubaran DUN Negeri Sembilan.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, notis berkenaan sudah diterima SPR hari ini.

“SPR sudah terima notis rasmi daripada Speaker DUN berhubung pembubaran DUN Negeri Sembilan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran DUN di kediamannya dalam satu sidang media khas, sekali gus mengakhiri spekulasi pembubaran DUN sejak beberapa minggu lalu.

Berdasarkan prosedur, notis pembubaran tersebut perlu diserahkan kepada SPR sebelum suruhanjaya itu mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh penting pilihan raya.

Selepas menerima notis berkenaan, terpulang kepada SPR untuk mengambil tindakan lanjut termasuk menetapkan tarikh penamaan calon, hari pengundian serta tempoh berkempen yang difikirkan sesuai bagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN