Spekulasi politik hanya untungkan pihak lawan

Spekulasi politik hanya untungkan pihak lawan

Pas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua pihak perlu menghentikan polemik dan spekulasi politik yang disifatkan tidak menguntungkan rakyat serta hanya memberi kelebihan kepada pihak lawan.

Ketua Penerangan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Asyraaf Yunos berkata, tumpuan sewajarnya diberikan kepada usaha memperkukuh Perikatan Nasional (PN) demi kepentingan rakyat.

Katanya, perbezaan pandangan dalam sesebuah gabungan politik merupakan perkara biasa, namun ia perlu disalurkan melalui saluran dalaman dengan semangat ukhuwah, hormat-menghormati dan tanggungjawab bersama.

“Ketika rakyat berdepan cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, keutamaan kita adalah membela nasib rakyat serta memperkukuhkan kesatuan dalam Perikatan Nasional sebagai alternatif yang diyakini rakyat.

“Marilah kita menolak politik fitnah dan persepsi yang tidak berasaskan fakta, serta terus memupuk semangat kesetiaan dan kebersamaan demi masa depan negara yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN