Sen Sern yakin pertahan kerusi DUN Bukit Batu walau menang tipis 137 undi sebelum ini

Sen Sern yakin pertahan kerusi DUN Bukit Batu walau menang tipis 137 undi sebelum ini

Arthur Chiong Sen Sern
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI : Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern, 36, yang menang tipis sebelum ini mempunyai formula bagi mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Sen Sern berkata, seluruh jentera akan digerakkan bagi memperbaiki situasi itu seterusnya memastikan DUN Bukit Batu kekal milik PH walaupun dalam pertandingan lima penjuru.

“Pada PRN lalu, saya menang dengan majoriti 137 undi kerana peratusan keluar mengundi rendah disebabkan pandemik Covid-19, namun dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kita mendapati terdapat pertambahan jumlah undi.

“Dalam empat tahun ini kita bekerja sedaya upaya untuk berkhidmat kepada rakyat Bukit Batu dan saya yakin PH pada kali ini akan menang besar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas proses penamaan calon selesai di Pusat Penamaan Calon Bagi DUN Bukit Batu di Dewan Serbaguna Taman Putri, di sini hari ini.

Sen Sern akan bertemu calon Barisan Nasional (BN), R K. Kumaran; calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), M. Premanand; calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), G. Tamili; dan calon Bebas, Datuk Kamaruzaman Ali.

Mengulas lanjut, Sen Sern tetap optimis mampu mempertahankan kerusi DUN Bukit Batu dan menyumbangkan satu kerusi untuk PH.

Jelasnya, tempoh dua minggu menjadi tempoh getirnya buatnya untuk memastikan kempen pilihan raya berjalan dengan lancar dan efektif.

Pada PRN Johor yang lalu, Arthur Chiong menang dengan majoriti tipis iaitu 137 undi selepas mendapat keseluruhan 9,439 undi dalam pertandingan empat penjuru di DUN Bukit Batu.

Beliau yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kulai menewaskan S. Suppayah (Barisan Nasional) 9,302 undi; Tan Heng Choon (Perikatan Nasional) 4,334 undi dan Lee Ming Wen (Parti Warisan) 1,053 undi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN