Sebab Resdung - Azeva nafi buat hidung - Utusan Malaysia

Sebab Resdung – Azeva nafi buat hidung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Orang selalu persoalkan hidung saya.”

Demikian komen penyanyi, Azeva yang menafikan melakukan pembedahan untuk mencatikkan hidungnya.

Jelas Azeva, netizen sering mempersoalkan ketulenan hidungnya sedangkan tidak pernah dia terfikir untuk melakukan pembedahan.

“Saya mengalami resdung, sebab itu selalu menyentuh hidung saya.

“Orang selalu mempersoalkan hidung saya sedangkan bentuknya tidak sempurna.

“Alang-alang buat pembedahan, buatlah seperti hidung ‘Barbie doll’,” katanya.

Disoal mengenai pemilihannya sebagai hos Big Stage x Rocketfuel, Azeva berterima kasih kepada pihak Astro kerana diberi kebebasan untuk menjadi diri sendiri ketika mengacarakan rancangan itu.

“Netizen berpendapat, kalau jadi hos, jadilah seperti diri kita ketika bersiaran langsung di TikTok.

“Saya macam tak percaya ada permintaan begitu. Tapi, disebabkan siaran langsung itulah saya ditawarkan menjadi hos Big Stage,” kongsinya.

Kata Azeva, dia juga bersyukur kerana digandingkan dengan Nabil Ahmad yang jauh lebih berpengalaman.

“Saya teruja pada masa sama, gemuruh kerana pertama kali menjadi hos. Tapi bergandingan dengan Nabil, perkara menjadi mudah.

“Saya dan Nabil sudah kenal lama. Perangai kami memang serasi, menjadi diri sendiri.

“Saya bersyukur sebab diberi kepercayaan dan diberikan pasangan gandingan yang memang serasi,” katanya lagi – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN