ENDAU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau menyaksikan pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.
Ia membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Orang Asli Malaysia (ASLI).
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau dari BN iaitu Alwiyah Talib yang meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menentang calon PH Saiful Nizam Samat; calon ASLI, Jati awang dan calon PN, Hasnul Hakimi Hussin. –UTUSAN










