RUU Tadbir Urus AI cegah manipulasi digital

RUU Tadbir Urus AI cegah manipulasi digital

GOBIND SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) yang sedang digubal bakal memperkukuh aspek pencegahan serta akauntabiliti dalam pembangunan dan penggunaan teknologi berkenaan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, RUU itu akan meliputi keseluruhan kitar hayat AI dengan memastikan setiap pihak yang membangunkan, menyediakan, menggunakan atau mengendalikan sistem berkenaan melaksanakan langkah tadbir urus yang munasabah mengikut tahap risiko sistem itu.

“RUU Tadbir Urus AI akan memperkukuh kerangka sedia ada dengan mewujudkan tanggungjawab yang lebih jelas di peringkat pembangunan dan pelaksanaan sistem AI. 

“Dalam masa sama, sekiranya berlaku kandungan atau perbuatan yang menyalahi undang-undang, tindakan penguatkuasaan masih boleh diambil mengikut undang-undang berkaitan,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Wong Shu Qi (PH-Kluang) berhubung keperluan penggubalan RUU Tadbir Urus AI dalam menangani risiko penyalahgunaan teknologi itu.

Menurut Gobind, pendekatan itu membolehkan kerajaan menangani risiko AI secara lebih menyeluruh melalui tindakan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan serta langkah pencegahan awal menerusi tadbir urus sistem yang lebih jelas, selamat dan bertanggungjawab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN