KUALA LUMPUR: Pelakon Ridani Ghani menghembuskan nafas terkahir selepas satu tahun menderita kanser ovari.
Allhahyarham, yang meninggal dunia di hospital Selayang meninggal dunia sekitar pukul 7 pagi.
Berita itu dikongsikan sahabat karibnya, Yaya Maembong menerusi Instagram.
“Asalamualaikum, saya baru menerima berita Ridani sudah meninggal dunia kira-kira pukul 7 pagi tadi.
“Jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Damansara untuk diuruskan,” katanya.
Ridani dikatakan meninggal dunia ketika anaknya, Faiq selesai menunaikan solat Subuh.
“Pagi tadi selepas solat Subuh adik menelefon saya memaklumkan mengenai keadaan mommy.
“Memang setiap hari sekitar jam 6 pagi mereka akan tukar lampin pakai buangnya.
“Selepas itu, lebih kurang pukul 6.30 pagi, mommy tidur semula dan adik menunaikan solat subuh. Sebelum dia solat mommy masih bernafas seperti biasa.
“Tapi selesai memberi salam, dia berpaling dan mommy sudah tidak bernafas,” kongsinya.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zohor.
Terdahulu jenazahnya dibawa ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab untuk dimandikan dan disolatkan.










