Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 12 negeri

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 12 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda beberapa kawasan di 12 negeri hingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan yang dijangka terjejas di Semenanjung melibatkan seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

Selain itu, hujan lebat turut diramalkan melanda beberapa daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Menurut MetMalaysia, cuaca sama turut dijangka berlaku di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin.

“Amaran hujan lebat turut melibatkan Selangor iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang selain Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Seremban, Port Dickson dan Rembau manakala di Johor melibatkan Segamat,” katanya.

Di Sarawak, hujan lebat dijangka berlaku di Lundu, Simunjan dan Betong.

Sementara itu, di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan di bahagian Pedalaman selain Pantai Barat serta Kudat termasuk Kota Marudu dan Kudat.

MetMalaysia berkata, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat petunjuk berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Katanya, amaran tersebut merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN