PRN Johor: Suasana kempen pada Hari Penamaan Calon tenang, terkawal 

PRN Johor: Suasana kempen pada Hari Penamaan Calon tenang, terkawal

Calon PH, Maszlee Malik diiringi para penyokong ke pusat penamaan calon di SMK Bandar Dato Onn, Johor Bahru di sini. -  UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang berlangsung di 56 pusat penamaan calon di seluruh negeri hari ini mula dibuka sejak pukul 9 pagi tadi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 593 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terjual dengan seramai 133 calon telah membuat bayaran deposit.

Suasana di beberapa pusat penamaan calon dilaporkan terkawal dengan petugas SPR dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertugas memastikan pelaksanaan urusan hari penamaan berjalan lancar dan terkawal.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pusat Penamaan Calon DUN Puteri Wangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Dato’ Onn, di sini mendapati penyokong parti-parti yang bertanding berkempen secara harmoni.

Walaupun ditempatkan berhampiran antara satu sama lain, jentera Pakatan harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan juga Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menunjukkan sikap profesional dan matang, selari amalan demokrasi di negara ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN