PRN JOHOR: ‘Saya yakin mampu menang dengan bergaya di Bukit Kepong’

PRN JOHOR: ‘Saya yakin mampu menang dengan bergaya di Bukit Kepong’

C. Subramani bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAGOH: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, C. Subramani yakin mampu merampas kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor meskipun bakal berdepan bekas Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

 

Subramani berkata, keyakinan itu berasaskan pengalaman beliau sebagai Ketua Cabang PKR Pagoh selama tiga penggal yang membolehkannya memahami keperluan serta permasalahan penduduk di kawasan berkenaan.

 

Kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Bukit Kepong turut menyuntik semangat kepada beliau dan jentera PH bagi memastikan kemenangan.

 

Katanya, jika diberi mandat, beliau akan memberi tumpuan kepada penambahbaikan kemudahan asas termasuk pencahayaan jalan, aspek keselamatan penduduk luar bandar serta menaik taraf jalan raya dan infrastruktur lain.

 

“Saya yakin mampu menang dengan bergaya di Bukit Kepong dan membawa perubahan yang lebih baik demi kesejahteraan rakyat,” katanya selepas penamaan calon di Kompleks Sukan Pagoh, hari ini.

 

Pendekatan turun padang akan diteruskan bagi memastikan setiap masalah rakyat dapat dikenal pasti dan diselesaikan dengan lebih berkesan.

 

Katanya, saingan di DUN Bukit Kepong dijangka sengit namun beliau yakin sokongan akar umbi mampu memberi kelebihan kepada PH.

 

“Keutamaan kini adalah memastikan pembangunan seimbang dapat dilaksanakan tanpa mengabaikan keperluan komuniti luar bandar.

 

“Saya akan menjadikan amanah rakyat sebagai keutamaan utama sekiranya diberi mandat oleh pengundi pada PRN Johor kali ini,” katanya.

 

Sementara itu, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R. Yuneswaran berkata kemenangan lalu hanya dengan majoriti 710 undi menunjukkan saingan cukup sengit di kawasan itu.

 

Katanya, saingan kali ini dijangka lebih sengit dengan penyertaan penyandang Sahruddin Jamal yang mempertahankan kerusi DUN Bukit Kepong.

 

“Saya yakin faktor kerja lapangan dan hubungan akar umbi di kawasan Cabang PKR Pagoh mampu membawa kemenangan kepada PH di Bukit Kepong,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN