PRN Johor: Penyandang DUN Layang-Layang keluar UMNO, sertai Bersatu

PRN Johor: Penyandang DUN Layang-Layang keluar UMNO, sertai Bersatu

Abd. Mutalip Abd. Rahim (dua kanan) mengumumkan keluar UMNO dan menyertai Bersatu pada sidang akhbar di Pejabat Bersatu Bahagian Pagoh, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, Abd. Mutalip Abd. Rahim mengumumkan keluar daripada UMNO serta merta bagi memasuki Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pengumuman itu dibuat beliau menerusi satu sidang akhbar di Pejabat Bersatu Bahagian Pagoh, di sini sebentar tadi.

Abd. Mutalip berkata, keputusan itu dibuat pihaknya susulan menerima sokongan majoriti pengundi yang mahu beliau kekal sebagai calon di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tidak lama lagi.

“Saya sudah tidak mahu menjadi calon di Layang-Layang, tetapi dikerusi berkenaan yang mana pengundinya hampir 60 peratus masyarakat Melayu bertanya mengapa calon Barisan Nasional (BN) daripada bukan Melayu.

“Jadi atas rasa tanggungjawab demi agama, bangsa dan juga pengundi yang mahu saya sekali lagi menjadi calon, saya ambil keputusan ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar.

Abd. Mutalip memegang jawatan sebagai ADUN selama dua penggal, masing-masing menerusi PRN Johor ke-13 dan PRN Johor ke-15. Beliau turut pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Johor pada penggal pertama menjadi ADUN.

Tambah beliau, hasrat itu pernah dizahirkan pihaknya sebelum ini sejak selepas mendapat khabar angin bahawa kerusi DUN Layang-Layang akan diberikan kepada calon bukan Melayu.

“Saya tiada isu dengan Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Kami semua berkawan, tiada paksaan tiada rasa benci. Parti politik hanyalah platform untuk berkhidmat.

“Kita bukan mahu tunjuk siapa yang baik, tetapi kita akan berusaha lakukan yang terbaik untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat dengan semangat Maal Hijrah, jadi kita berhijrah kalau ada yang lebih baik,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN