JOHOR BAHRU: Gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor secara rasminya bermula hari ini dengan penamaan calon bagi 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), menyaksikan persaingan sekurang-kurangnya lima blok utama politik iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) termasuk Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang pertama kali memasuki pertempuran pilihan raya. PRN kali ini dijangka menjadi kayu ukur untuk menguji kekuatan parti-parti utama serta pengaruh gabungan…










