PRN Johor: Maszlee Malik berdepan saingan lima penjuru di DUN Puteri Wangsa 

PRN Johor: Maszlee Malik berdepan saingan lima penjuru di DUN Puteri Wangsa 

MASZLEE Malek diiringi Saifuddin Nasution Ismail, Amirudin Shari dan penyokongnya ke pusat penamaan calon.-PIX/RAJA JAAFAR ALI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Calon Menteri Besar Johor Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik berdepan saingan lima penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Bekas Menteri Pendidikan itu berdepan calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) iaitu Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied; Nicholas Paul Vincent (Parti Bersama Malaysia), Teow Chia Ling (Barisan Nasional) dan calon bebas, Wang Wee Siong.

Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon DUN Puteri Wangsa, Zulkurnain Abdul Rahman membuat pengumuman tersebut selepas tamat waktu penamaan calon.

Maszlee diiringi dua Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama kira-kira 300 ahli dan penyokong Pakatan Harapan (PH).

Manakala calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Rashifa Aljunied diiringi Presidennya, Amira Aisya Abd. Aziz bersama kira-kira 100 penyokong.

Ketibaan calon Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling pula diiringi Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng dan bekas Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Pada PRN Johor lalu, DUN Puteri Wangsa dimenangi Muda yang mempertaruhkan Presidennya, Amira Aisya. Abd. Aziz. Beliau menang persaingan enam penjuru dengan menerima 22,884 undi, sekaligus menewaskan pencabar terdekat daripada BN, Ng Yew Aik dengan majoriti 7,114 undi.

Namun, Amira memilih untuk tidak mempertahankan kerusi berkenaan pada PRN Johor kali ini bagi memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut rekod Suruhan Pilihan Raya (SPR), DUN N.41 Puteri Wangsa mempunyai seramai 128,723 pemilih berdaftar sehingga 31 Mei 2026.

Pecahan menunjukkan kelompok pengundi berusia 21 hingga 29 tahun merupakan jumlah majoriti dengan seramai 32,776 orang, diikuti kumpulan umur 30 hingga 39 tahun seramai 26,845 orang, manakala golongan dewasa berusia 40 hingga 49 tahun pula seramai 22,874 orang.

Manakala golongan pengundi baharu iaitu kumpulan umur antara 18 hingga 20 tahun seramai 11,573 orang. Kategori warga emas pula, seramai 10,560 pemilih berada dalam lingkungan umur 60 hingga 69 tahun, diikuti 4,278 orang usia 70 hingga 79 tahun dan 956 orang usia 80 hingga 99 tahun. 

Kumpulan paling kecil adalah warga emas berusia 90 tahun dan ke atas seramai 172 orang.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN