PRN Johor: DUN Bukit Batu ‘kerusi panas’ tanding lima penjuru

PRN Johor: DUN Bukit Batu ‘kerusi panas’ tanding lima penjuru

Sen Sern (dua dari kiri) berdepan pertandingan lima penjuru bagi pertahankan kerusi DUN Bukit Batu yang dimenangi pada PRN Johor edisi lalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu menjadi antara ‘kerusi panas’ yang menyaksikan pertandingan lima penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

 

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bukit Batu, Mohd. Hafiz Aliman selepas proses penamaan calon selesai di pekarangan Dewan Serbaguna Taman Putri, di sini hari ini.

 

Perebutan kerusi DUN Bukit Batu membabitkan penyandangnya itu calon Pakatan Harapan (PH), Arthur Chiong Sen Sern, 36; calon Barisan Nasional (BN), R K. Kumaran, 56; calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), M. Premanand, 53, calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), G. Tamili, 30, dan calon Bebas, Datuk Kamaruzaman Ali, 63.

 

Pada PRN Johor yang lalu, Sen Sern menang dengan majoriti tipis iaitu 137 undi selepas mendapat keseluruhan 9,439 undi dalam pertandingan empat penjuru di DUN Bukit Batu.

 

Beliau yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kulai menewaskan calon BN, Datuk S. Suppayah dengan 9,302 undi; Tan Heng Choon (Perikatan Nasional) 4,334 undi dan Lee Ming Wen (Parti Warisan) 1,053 undi.

 

Suppayah yang juga Ahli Majlis Tertinggi MIC Pusat mahukan pengiraan semula kerana terdapat sejumlah besar kertas undi yang ditolak dan mendakwa berlaku ketirisan, ketika proses pengiraan undi.

 

Beliau juga mendakwa permintaannya untuk mengira semula undi di beberapa pusat pengundian ditolak oleh pegawai SPR dan penolakan permintaannya itu tidak mematuhi undang-undang kecil pilihan raya.

 

Suppayah kemudian membuat laporan polis sebelum mengemuka petisyen pilihan raya.

 

Mahkamah pilihan raya pada 29 Jun 2022  memutuskan kemenangan Arthur Chiong Sen Sern pada PRN Johor, bagi kerusi DUN Bukit Batu Mac lalu adalah sah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN