PPNM lapor SPRM dakwa dana ratusan juta program SEED, SEDIC gagal disalur secara telus

PPNM lapor SPRM dakwa dana ratusan juta program SEED, SEDIC gagal disalur secara telus

SYED Muhammad Imran Syed Abdul Aziz ketika hadir membuat laporan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Pertubuhan Perpaduan Negara Malaysia (PPNM) mendakwa peruntukan dana mencecah ratusan juta untuk masyarakat India menerusi program Pemerkasaan Usahawan India (SEED) dan Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC) gagal disalur secara telus.

Pengerusinya, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz mendakwa, sehingga kini peruntukan itu tidak diterima sepenuhnya oleh masyarakat kaum berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa MIC yang menjadi parti yang mewakili kaum India ketika BN mentadbir sebelum ini perlu memberi penjelasan.

“Kami mohon pihak berkuasa menyiasat sesiapa yang terlibat berkaitan dengan pengaliran dana SEDIC dan SEED semasa pentadbiran kerajaan BN dari 2009-2018.

“Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mana yang terlibat untuk menjaga sosio ekonomi masyarakat India.

“Laporan berkaitan peruntukan sekolah tamil dari 2009-2018 hampir mencecah berbilion ringgit tetapi sekolah tamil sampai sekarang masih dalam keadaan daif. Siapa yang perlu bertanggung jawab dalam soal ini,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir di Ibu Pejabat SPRM) di sini hari ini bagi membuat laporan supaya agensi tersebut menyiasat aduan berkenaan.

Sebagai rekod, menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), SEDIC menerima peruntukan berjumlah RM203.89 juta dari tahun 2014 hingga 2018.

Menurut laporan pada waktu itu terdapat kelemahan dari aspek pemantauan kerana tiada pangkalan data lengkap diselenggarakan bagi menilai pencapaian dan penerima manfaat, selain isu kelulusan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak memenuhi kriteria.

Kemduian SEED dan SEDIC disatukan di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN