Polis sahkan Ahmad Fahim pandu Proton X50

Polis sahkan Ahmad Fahim pandu Proton X50

ADZLI ABU SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 yang terlibat dalam kemalangan dengan lori tanah sehingga mengorbankan enam mangsa disahkan dipandu oleh Allahyarham Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21.

Ahmad Fahim adalah pemilik Proton X50 tersebut dan juga adik kepada anggota polis, Lans Koperal Ahmad Shafiq, 29.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, terdapat kekhilafan pada maklumat awal yang menyatakan anggota polis itu yang memandu SUV berkenaan.

“Pada awalnya, polis dimaklumkan oleh bomba bahawa anggota kita (polis) yang pandu, namun pada pagi ini disahkan bahawa adik dia yang memandu. Terdapat kekhilafan dalam maklumat yang diterima itu,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 3.45 petang semalam, enam sekeluarga maut, manakala seorang kanak-kanak parah selepas Proton X50 bertembung dengan sebuah lori tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini.

Mangsa terdiri daripada Ahmad Shafiq; dan isterinya, Jamaliah Sannusi, 29, serta bayi mereka, Ahmad Mikail yang berusia dua bulan.

Tiga lagi ialah ibu Ahmad Shafiq iaitu Nora Mhd. Husin, 55, dan adiknya, Ahmad Fahim, 21, serta anak saudaranya, Iskandar Affan Ibrahim, 7.

Seorang lagi kanak-kanak, Aulia Sofea, 3, yang merupakan anak kepada Ahmad Syafiq cedera parah pada bahagian muka dan menerima rawatan di hospital.

Proton X50 itu dikatakan baru sahaja diambil dari pusat jualan kenderaan tersebut pagi hari kejadian dan kesemua mereka dalam perjalanan menziarahi kubur arwah bapa di Merbok, dekat sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN