Penunggang lalok rempuh pintu kaca kecemasan hospital

Penunggang lalok rempuh pintu kaca kecemasan hospital

KEADAAN pintu kaca di Zon Hijau Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang dirempuh penunggang motosikal. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penunggang motosikal yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah merempuh pintu kaca di Zon Hijau Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd, Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu melibatkan sebuah motosikal Yamaha Nouvo LC yang ditunggang seorang lelaki berusia 28 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati, penunggang terbabit datang dari arah Jalan Sultan Mahmud menuju ke kawasan zon kecemasan HSNZ sebelum hilang kawalan lalu merempuh pintu kaca di Zon Hijau hospital berkenaan.

“Kemalangan itu mengakibatkan pemuda yang menunggang motosikal milik abangnya itu mengalami kecederaan ringan pada kedua-dua tangannya dan dibawa ke Jabatan Kecemasan HSNZ untuk mendapatkan rawatan. Hasil saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, suspek yang berasal dari Kuala Terengganu itu masih menerima rawatan di wad hospital akibat kecederaan yang dialami dan kes disiasat mengikut Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN