Paris jual empat kapal perang RM20 bilion kepada Sweden - Utusan Malaysia

Paris jual empat kapal perang RM20 bilion kepada Sweden

EMMANUEL Macron (kiri) dan Ulf Kristersson. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Isnin menyaksikan pemeteraian perjanjian bernilai 4.3 bi­lion euro (RM20.13 bilion) bagi pembelian empat kapal frigat keluaran negaranya kepada Sweden. Penjualan itu berlaku ketika Paris dan Stockholm berusaha memperkukuh kerjasama kerana ancaman Russia yang semakin meningkat.

Sweden sedang giat memperkukuh pertahanannya sele­pas Russia menyerang Ukraine pada 2022, dengan negara Nordik itu menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dua tahun kemudian.

Macron dan Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson me­­nyaksikan pemeteraian kon­trak itu di atas kapal frigat­ Pe­rancis, Amiral Ronarc’h yang berlabuh di Stockholm.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami memeterai satu per­kongsian strategik yang besar, yang bersifat saling menguntungkan, saling menghormati dan bercita-cita tinggi,” kata Macron.

Ketika ini NATO Eropah bim­bang mengenai komitmen Wa­shington yang semakin tidak menentu terhadap pertahanan blok itu. 

“Semua orang kini menge­tahui bahawa di Eropah, kita perlu memikul tanggungjawab yang lebih besar terhadap ke­selamatan kita sendiri,” kata Kristersson.

Macron berkata, empat kapal frigat itu akan dilengkapi peluru berpandu pemintas pertahanan udara Aster 30 dan berkemungkinan turut dilengkapi peluru berpandu tentera laut untuk serangan jarak jauh. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini