Pemandu e-hailing tampar bekas isteri direman tiga hari

Pemandu e-hailing tampar bekas isteri direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemandu e-hailing yang ditahan selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi semalam direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis sedang melengkapkan kertas siasatan.

“Lelaki berkenaan direman selama tiga hari dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini.

Semalam, suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an ditahan selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 2.51 petang Isnin lalu.

Polis turut mengesan rakaman video tular di platform Threads yang dipercayai memaparkan kejadian berkenaan sebelum Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan suspek pada pukul 6.20 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN