PARLIMEN: TH teliti tambah baik sistem penggiliran haji

PARLIMEN: TH teliti tambah baik sistem penggiliran haji

MARHAMAH ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti penambahbaikan terhadap sistem pengurusan penggiliran haji bagi memastikan ia lebih sistematik, adil dan memberi keutamaan kepada pendeposit yang membuat persediaan awal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, langkah itu penting susulan cabaran semasa apabila jumlah pendaftaran haji kini melebihi empat juta orang, sedangkan kuota haji Malaysia kekal sekitar 31,600 jemaah setahun.

Menurut beliau, keadaan itu menyebabkan tempoh menunggu giliran menjadi lebih panjang, khususnya bagi pendaftar baharu.

“Langkah ini juga dapat mengurangkan keperluan untuk membuat tawaran gantian berulang kali apabila terdapat bakal haji yang memohon penangguhan atas alasan kewangan.

“Kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH), insya-Allah akan terus komited meningkatkan mutu perkhidmatan, kebajikan dan keselamatan jemaah haji dengan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara peneraju dunia dalam pengurusan dan perkhidmatan haji,” katanya ketika sesi soal jawab lisan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) mengenai penambahbaikan sistem penggiliran haji 2027 termasuk aspek kos, tempoh menunggu serta perlindungan kebajikan dan kesihatan jemaah.

Marhamah berkata, Tabung Haji akan membuat penyesuaian segera susulan tindakan Kerajaan Arab Saudi memperketat syarat kesihatan dan keselamatan jemaah haji bagi memastikan tahap perlindungan kebajikan serta kesihatan sentiasa berada pada tahap optimum.

Katanya, bagi musim haji 1447 Hijrah/2026, TH berjaya mengekalkan kos haji pada kadar RM33,300 seorang jemaah untuk tahun ketiga berturut-turut walaupun berdepan peningkatan kos operasi di Tanah Suci dan kos penerbangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN