Nahas enam maut: Jenazah selesai dibedah siasat

Nahas enam maut: Jenazah selesai dibedah siasat

VAN jenazah membawa lima daripada enam mangsa nahas yang maut untuk dikebumikan di Masjid Jamek Al-Abidi, Merbok, pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jenazah enam sekeluarga yang maut dalam kemalangan dengan lori tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal di Sungai Petani semalam telah selesai dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Jenazah tersebut ialah Lans Koperal Ahmad Syafiq Ahmad Shukri, 29; isterinya, Jamaliah Sannusi, 29; serta bayi mereka, Ahmad Mikail yang berusia dua bulan.

Dua lagi jenazah ialah adik Ahmad Syafiq iaitu Ahmad Fahim, 21, pemilik Proton X50 yang bekerja sebagai jurujual di kedai telefon serta ibu mereka, Nora Mhd. Husin, 55.

Kesemua jenazah dibawa ke Masjid Jamek Al-Abidi di Simpang Tiga Pasir, Merbok dekat sini untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam di situ.

Terdahulu, jenazah anak saudara Ahmad Syafiq iaitu Iskandar Affan Ibrahim, 7, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Kuang, Penaga, Pulau Pinang kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Enam sekeluarga itu maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 dan lori muatan tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini kira-kira pukul 3.45 petang semalam.

Ahmad Syafiq bertugas di Balai Polis Nibong Tebal, Pulau Pinang manakala isterinya merupakan seorang jururawat dan Ahmad Fahim pula bekerja sebagai jurujual kedai telefon bimbit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN