Mohamed Khaled enggan ulas keputusan Puad keluar UMNO

Mohamed Khaled enggan ulas keputusan Puad keluar UMNO

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin enggan mengulas tindakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang mengumumkan keluar daripada parti itu, hari ini.

“Saya tak mahu komen, baca sahajalah kenyataan terbaru beliau,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026-2030 dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) 2026-2030 di Hotel Royale Chulan di sini, hari ini.

Mohd. Puad yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini mengumumkan keluar UMNO serta-merta dengan alasan UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan kerana dikawal istana.

Pengundurannya daripada UMNO dibuat sehari selepas beliau memberi bayangan mengenai satu pengumuman besar yang akan dibuat pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN