Mana formula parti Kancil untuk PRN Johor? - NGO sindir Rafizi

Mana formula parti Kancil untuk PRN Johor? – NGO sindir Rafizi

RAFIZI Ramli ketika berucap pada siri Jelajah Kancil ke Pahang di Indera Mahkota di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyindir parti Kancil dengan bertanya pemimpin utamanya, Rafizi Ramli mengenai formula bekas Ahli Parlimen Pandan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Penasihat Pertubuhan Kebajikan Impak Madani (Impak Madani), John Ooh Sin Hwa berkata, sebelum ini, Rafizi yang terkenal dengan gelaran Raja Formula itu akan menampilkan pelbagai formula bagi menampakkan dirinya sebagai hebat.

“Namun, saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk melihat formula Rafizi selepas dia gagal untuk melaksanakan formula yang dicipta semasa menjadi menteri ekonomi.

“Mungkin juga Rafizi sudah sedar bahawa rakyat tidak lagi akan terpedaya dengan taktik menipu itu, jadi tidak ada formula Kancil lagi selepas ini,” katanya dalam kenyataan.

John Ooh Sin Hwa

Sebelum ini, bekas timbalan Presiden PKR itu pernah membalas semula sindiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggelarkannya sebagai ‘raja formula songsang’, dengan berkata UMNO mempunyai ramai menteri tetapi tiada formula untuk menyelesaikan isu rakyat.

Rafizi pernah berkata, formula adalah penting kerana dari langkah itu dapat mencari cara penyelesaian terhadap sesuatu masalah.

Semalam, Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengumumkan untuk bertanding di 15 kerusi DUN pada PRN Johor akan datang.

Rafizi Ramli dalam satu kenyataan memberitahu, kerusi-kerusi berkenaan dipilih berdasarkan beberapa faktor penilaian yang dibuat pihaknya, termasuklah penerimaan penduduk setempat terhadap parti berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN