Malam Terlarang dominasi pencalonan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Malam Terlarang dominasi pencalonan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Filem Malam Terlarang terbitan Astro Shaw mendominasi pencalonan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (AMPFKL) ke-11 apabila berjaya menembusi kesemua lapan kategori yang dipertandingkan.

Filem arahan Allahyarham Nurhanisham Muhamad itu tercalon dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Kejayaan tersebut meletakkan Malam Terlarang sebagai satu-satunya filem yang mencatat pencalonan menyeluruh dalam semua kategori yang diumumkan.

Sementara itu, Ninavau meraih enam pencalonan, diikuti Macai, Badak dan Mencari Ramlee masing-masing dengan lima pencalonan.

Filem Simple Manusan pula mencatat tiga pencalonan, manakala Blood Brothers: Bara Naga meraih dua pencalonan.

Selebihnya, beberapa filem lain masing-masing memperoleh satu pencalonan iaitu Denu, Ejen Ali The Movie 2, Pavane for an Infant, Abah Saya Uncle Mike, 6 Jilake dan Gayong.

Pengumuman senarai pendek pencalonan itu dibuat oleh Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur bersama komuniti pencinta filem tempatan iaitu Sidang Sinema Raya, SukaFilem dan Sinemacult di Kafe Tiga Belas, baru-baru ini.

Acara kemuncak AMPFKL dijadual berlangsung pada 20 Jun ini di lokasi sama.

Bersempena itu, penganjur turut membawakan program Pasca Wayang: Rayakan Sinema, Raikan Wacana yang menampilkan tiga sesi perbincangan iaitu Kritikan Filem di Malaysia bersama Daniyal Kadir, Mengulas Filem di Media Sosial bersama Fadli Al-Akiti, Mat Don dan Akmal Hamzah, serta Masa Depan Penonton Kita bersama Datuk Saniboey Mohd Ismail.

Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur merupakan kelompok pengkritik filem yang terdiri daripada editor, penulis, blogger serta pencipta kandungan yang aktif menulis dan membincangkan filem-filem tempatan dan antarabangsa.

Berikut merupakan senarai pencalonan pendek AMPFKL KE-11:

Filem Terbaik

Macai – Sun-J Perumal & Sivanantham Perianan

Mencari Ramlee – Syahid Johan & Megat Shahrizal

Malam Terlarang – Hazo Mahayuddin & Gayatri Su-lin Pillai

Ninavau – Azharul Azmir, Bebbra Mailin & Muzzamer Rahman

Badak – Asra Aman

Pengarah Terbaik

Sun-J Perumal -Macai

Bebbra Mailin -Ninavau

Usamah Zaid & Nazmi Yatim -Ejen Ali The Movie 2

Nurhanisham Muhamad -Malam Terlarang

M. Raihan Halim -Badak

Pelakon Lelaki Terbaik

Shaheizy Sam- Badak

Beto Kusyairy -Gayong

Kaman G. Crack -Macai

Hindra Bose – Simple Manusan

Zul Ariffin – Malam Terlarang

Pelakon Wanita Terbaik

Sofia Jane – Mencari Ramlee

Shasha Abedul -Malam Terlarang

Jovenea Jim -Ninavau

Fish Liew -Pavane for an Infant

Aida Amron -Badak

Lakon Layar Terbaik

Megat Shahrizal & Lepat Hafiz -Mencari Ramlee

Muzzamer Rahman & Bebbra Mailin -Ninavau

Hazo Mahayuddin, Nazifdin Nasrudin & Haris M. Nor – Malam Terlarang

Shobaan Haran Kaveri -Simple Manusan

Nassarudin Ab Rasif – Denu

Sinematografi Terbaik

Bayu Prihantoro Filemon -Ninavau

Hafiz Rashid -Mencari Ramlee

Nicholas Chin -Blood Brothers: Bara Naga

Nurhanisham Muhamad -Malam Terlarang

Gwai Lou -Macai

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Sabri Yunus -Malam Terlarang

Syazwan Zulkifly -Blood Brothers: Bara Naga

Kuben Mahadevan -Macai

Iman Aedan -Abah Saya Uncle Mike

Wan Hanafi Su -Badak

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Tati Eliana Tonny -Ninavau

Asmidar -6 Jilake

Sofia Jane-Malam Terlarang

Shamini Shradha -Simple Manusan

Mimi Lana – Mencari Ramlee

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN