Lima pekerja dikejarkan ke hospital gara-gara terdedah tumpahan merkuri

Lima pekerja dikejarkan ke hospital gara-gara terdedah tumpahan merkuri

DUA anggota Hazmat dari JBPM Pulau Pinang sedang menjalankan kerja-kerja nyahcemar susulan tumpahan merkuri di sebuah premis di Jalan Terengganu, George Town, Pulau Pinang hari ini.-IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Lima pekerja di sebuah pusat pengasingan bungkusan di Jalan Terengganu di sini terpaksa diberikan rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai terdedah kepada tumpahan merkuri.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 petang ketika proses pengasingan barangan pos sedang dijalankan oleh pekerja yang terlibat.

Difahamkan, kira-kira 500 mililiter (ml) merkuri tumpah dalam kejadian tersebut, sekali gus memerlukan tindakan segera Pasukan Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengawal serta menjalankan kerja-kerja nyahcemar di lokasi.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi, JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bersama pasukan Hazmat dari BBP Bayan Baru segera dikerah ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan.

“Operasi nyahcemar dijalankan dengan menggunakan serbuk sulfur dan peluntur bagi meneutralkan tumpahan merkuri selain bacaan pH di kawasan sekitar turut diambil bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

“Operasi tersebut seterusnya ditamatkan kira-kira pukul 3.06 petang selepas pemeriksaan menyeluruh mendapati, tiada lagi risiko pencemaran atau bahaya lain,” katanya yang memberitahu, kesemua mangsa bagaimanapun berada dalam keadaan selamat ketika ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN