Lelaki maut ditikam, cemburu dipercayai punca pergaduhan - Utusan Malaysia

Lelaki maut ditikam, cemburu dipercayai punca pergaduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Seorang lelaki maut ditikam dalam satu pergaduhan yang dipercayai bermotifkan cemburu di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan, perselisihan faham tercetus antara mangsa dan suspek yang merupakan bekas teman lelaki kepada teman wanita mangsa.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 5.49 pagi.

Katanya, dalam kejadian itu, mangsa yang juga seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun cedera parah akibat ditikam oleh suspek berusia 30 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dibawa ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Suspek dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna hitam bernombor pendaftaran WGX 3707,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan lelaki terbabit sedang giat dijalankan.

“Suspek yang dikehendaki dikenali sebagai Mohammad Farizzal Fazly Mohd. Zulkifly dengan alamat terakhir di Kampung Guntur Tengkek, Batu Kikir, Negeri Sembilan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau keberadaan suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden S. Murugan di talian 012-6992784 atau Inspektor Muhammad Aminuddin Haiqal Mohamed Masnani di talian 019-6751267,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN